Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.cam] | انچم

Definisi : ; mengancam 1. menakut-nakuti dgn jalan menyatakan hendak melakukan sesuatu yg membahayakan (menyusahkan, merugi­kan, dsb), mengugut: orang itu ~ hendak membunuh lawannya; 2. meletakkan (me­nye­babkan berada) dlm keadaan akan meng­alami atau ditimpa bahaya (kesusahan dsb), membahayakan: penduduk Bali sudah bebe­rapa kali diancam oleh letusan Gunung Agung; kejadian itu telah ~ kehidupan petani-petani; 3. bp kata yg mengandungi konotasi cantik dan menarik bagi seseorang atau sesuatu (spt gadis, muzik, bunga, dll); mengancamkan mengancam dgn sesuatu: ia ~ parangnya kpd orang yg hendak men­dekatinya; terancam berada dlm keadaan menghadapi bahaya dsb, diancam (oleh): sudah beberapa kali ia ~ oleh bahaya maut; manuskrip yg masih ada dan sedang ~ oleh kerosakan dan kemusnahan; keterancaman keadaan terancam; ancaman sesuatu yg mengancam atau di­ancamkan, bahaya dsb yg mungkin menimpa: mereka menghadapi ~ drpd musuh luar dan dalam; pengancaman perihal (perbuatan) meng­ancam: ~ itu dilakukan secara halus; pengancam orang yg mengancam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.cam] | انچم

Definisi : ; mengancam 1 menakut-nakutkan dgn mengadakan sesuatu yg dpt membahayakan atau menyusahkan; mengugut; menggertak: Penjahat itu ~ hendak membunuh anaknya jika ia enggan menyerahkan barang kemasnya. 2 mendatangkan bahaya kpd; membahayakan. mengancamkan mengancam dgn sesuatu: Ia ~ pisaunya kpd orang yg hendak merompaknya. terancam dlm keadaan diancam: Jika air terus naik, keselamatan penduduk-penduduk di tebing sungai itu akan ~. ancaman sesuatu yg mengancam. pengancaman perihal atau perbuatan mengancam. pengancam orang yg mengancam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ancam