Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.nu.ge.rah] | انوݢره

Definisi : hadiah atau pemberian drpd orang yg lebih tinggi atau besar darjatnya; kurnia: Beliau mendapat ~ drpd sultan kerana jasanya kpd masyarakat. menganugerahi memberi seseorang anugerah; memberikan anugerah kpd; mengurniai: Baginda ~ pahlawan itu bintang kehormatan. menganugerahkan memberikan sesuatu sbg anugerah; mengurniakan: Baginda telah ~ pingat AMN kpd beliau. penganugerahan penyampaian atau pemberian anugerah; perbuatan (hal dsb) menganugerahi atau menganugerahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.nu.ge.rah] | انوݢره

Definisi : pemberian berupa hadiah dsb yg tinggi dan besar nilainya (drpd Allah, pemerintah atau negara, dll), kurniaan: mendapat ~ Allah; A~ Sastera Negara; menganugerahi memberi anugerah kpd seseorang, mengurniai: Allah ~nya seorang anak lelaki; menganugerahkan memberikan sesuatu sbg anugerah, mengurniakan: Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan ~ pingat kpd beliau; penganugerahan pemberian anugerah: beliau menyarankan agar ~ seumpama itu dicontohi oleh institusi kewangan yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anugerah