Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ban.dar] | باندر

Definisi : tempat atau pusat yg ramai penduduknya dan terdapat banyak urusan dan perniagaan dijalankan, kota; ~ kembar bandar yg menjalin hubungan istimewa dgn bandar lain, yg biasanya terletak di negara yg berbeza; ~ pelabuhan bandar yg merupakan pelabuhan; ~ satelit bandar atau bandar raya yg bergantung pd industri tempatan tetapi mempunyai perkaitan ekonomi dgn bandar berdekatan yg lebih besar; ~ taman bandar yg pembangunannya dirancang secara sistematik, dihiasi dgn taman rekreasi awam dan pokok yg subur serta dilengkapi dgn kemudahan jalan raya yg lebar; ~ tinggal bandar yg dahulunya maju dan makmur, tetapi kini menjadi lengang dan sunyi; datuk ~ orang yg mengetuai majlis sesebuah bandar raya; luar ~ kawasan yg terletak jauh dr kawasan bandar, kampung, desa; pinggir ~ kawasan di sekeliling kawasan bandar; pusat ~ kawasan di dlm bandar tempat tertumpunya pejabat-pejabat (bangunan-bangunan kerajaan, gedung membeli-belah, dsb); ~ terbuka dagangan murah, badan sudah tua prb keinginan (pekerjaan) datang waktu kita tidak berwang (lemah);membandarkan menjadikan sesuatu (kawasan luar bandar) bersifat bandar;bandaran segala sesuatu bkn bandar: majlis ~;kebandaran 1. segala yg berkaitan dgn fungsi, keistimewaan yg ada dlm sesebuah bandar: keempat-empat negeri ini lebih ~ berbanding dgn tempat-tempat lain di Malaysia; 2. bersifat spt orang bandar (moden, canggih, dll): gaya hidup golongan elit lebih ~;perbandaran 1. yg berkaitan dgn bandar (pd pelbagai aspek spt pentadbiran dll): kawasan ~ Kuala Lumpur; 2. ark pabean, pejabat pelabuhan;pembandaran usaha dsb menjadikan sesuatu kawasan atau daerah dan penduduknya berubah kpd corak perbandaran atau meresap unsur-unsur perbandaran (spt perindustrian, pembangunan, dll), urbanisasi: mereka seolaholah dapat melihat alam semula jadi yg sebenarnya telah luput akibat proses ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.dar] | باندر

Definisi : parit, tali air: ~ sawah itu sudah ditutup; ~ sampah parit tempat membuang sampah; upah lalu ~ tak masuk prb tidak sedikit pun mendatangkan hasil;membandarkan mengalirkan (air ke); ~ air ke bukit prb pekerjaan yg sia-sia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.dar] | باندر

Definisi : Id 1. orang yg dilawan oleh pemainpemain lain dlm permainan judi (rolet dll); 2. ki a) orang yg mengendalikan sesuatu gerakan secara sulit; b) orang yg memberi modal dlm pekerjaan-pekerjaan yg tidak baik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.dar] | باندر

Definisi : 1 kota pelabuhan (sama ada di tepi laut atau di tepi sungai); ~ Singapura; ~ Antwerp. 2 tempat yg banyak penduduknya serta banyak terdapat kedai dan pejabat; pusat perniagaan dan urusan bagi sesuatu daerah; pekan; kota: ~ Shah Alam terletak lebih kurang 30 kilometer dr Kuala Lumpur. ~ kembar bandar yg menjalin hubungan rasmi atau hubungan sosial dgn bandar lain, yg biasanya terletak di negara yg berbeza. ~ tinggal bandar yg dahulunya maju dan makmur, tetapi kini menjadi lengang dan sunyi kerana tidak dikunjungi orang ramai. perbandaran hal ehwal ttg cara mentadbirkan atau mengurus bandar; pentadbiran bandar: Majlis ~ Taiping. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bandar

Puisi
 

Ke bandar Melaka ke rumah Cik Alang,
     Hendak bersafar ke Tanjung Keling;
Kalau semua orang berambut panjang,
     Apatah hal nasib si tukang gunting?


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Upah lalu,
     bandar tak masuk.

Bermaksud :

Tidak mendatangkan hasil sedikit juga, melainkan kerugian semata-mata.

 

Lihat selanjutnya...(5)