Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (bérés) 1. teratur, rapi, tidak kacau: kehidupan kau masih belum ~ lagi; 2. selesai (perselisihan, hutang, dll): pertikaian dgn adiknya belum ~ lagi; hutang telah ~; tahu ~ bp tidak usah gaduh (semuanya akan beres);membereskan 1. mengusahakan dsb supaya teratur (sempurna, kemas, dsb), mengatur, merapikan: ~ semua yg perlu utk mesyuarat; 2. menyelesaikan (perselisihan, hutang, dll): hutangnya sampai sekarang belum dibereskan lagi;keberesan kerapian, ketertiban, keselesaian; pemberesan perihal (perbuatan, usaha, dsb) membereskan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (berés) Mn ark sangat sejuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beres