Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kat] | برکة

Definisi : 1 kurnia atau rahmat Allah yg mendatangkan kebaikan kpd kehidupan manusia: Mudah-mudahan Allah akan melimpahkan ~-Nya kpd kita semua. 2 dgn sebab atau dgn pengaruh; oleh sebab: ~ doa ayahanda, anak-anak berdua sihat-sihat saja. 2 beruntung atau berbahagia; mujur: Tidak ~ jika kita makan harta orang secara tidak halal. memberkati 1 memberi berkat atau rahmat kpd: Moga-moga Allah ~ usaha kita yg mulia ini. 2 mendatangkan kebaikan atau keuntungan kpd; memberi berkat kpd: Tidak berguna kita menyimpan harta curian kerana itu tidak akan ~ kita. keberkatan hal atau keadaan berkat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ber.kat] | برکة

Definisi : 1. rahmat, restu, sempena: hai anakku, hendaklah kau ingatkan wasiatku ini supaya diberi Allah engkau ~; mengambil ~; 2. dgn pengaruh (akibat, sebab), sbg hasil (manfaat dsb) drpd: dia mencapai kedudukan itu ~ ketekunannya; 3. mujur, berbahagia: dlm bulan puasa yg ~ ini, kita meminta doa kpd Allah; ~ afwah = ~ tuah dgn afwah (tuah); memberkati memberi sempena (rahmat, restu): semoga engkau diberkati Tuhan dlm penghidupanmu; sami itu ~ mereka dgn membaca mantera;keberkatan sesuatu amalan yg mendatangkan berkat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkat

Peribahasa

625

United we stand, devided we fall

Maksud atau kejayaan boleh dicapai selagi manusia bersatu hati, sebaliknya gagal jika bercerai-berai.

Muafakat membawa berkat, berpecah membawa rebah.

''All members have to close ranks in whatever situation. Don't let the enemies destroy our solidarity. Remember united we stand, devided we fall,'' urged the president of the left wing party.

''Seluruh anggota mesti bersatu dalam apa jua keadaan. Ingatlah, muafakat membawa berkat, berpecah membawa rebah.,'' seru presiden parti berhaluan kiri itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)