Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.bah]/[ber.u.bah] | براوبه

Definisi : 1 bertukar drpd keadaan semula: Sejak dia berkahwin, perangainya sudah ~. 2 berbeza drpd rupa atau warna yg asal; bertukar (perasaan dll): Warna kain ini sudah ~ menjadi pucat. Mendengar sindiran itu, ~ air mukanya. 2 berganti atau beralih menjadi lain: Ulat itu ~ menjadi rama-rama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[be.ru.bah]/[ber.u.bah] | براوبه

Definisi : 1. berbeza (drpd keadaan dsb yg asal atau yg semula jadi), menjadi lain: dia telah ~ drpd seorang yg gembira menjadi se-orang yg pendiam; penghidupan di kampung sudah banyak ~ sejak merdeka; 2. tidak tetap (keadaannya), setiap waktu lain, bertukar-tukar: suhu badannya tidak ~ walaupun hawa di kelilingnya tidak tetap; 3. tidak spt biasa atau sebelumnya, bertukar (warna, rupa, dll): ~ air mukanya apabila dia mendengar per-tanyaanku itu; 4. = ~ menjadi = ~ jadi = ~ kpd bertukar menjadi (sesuatu yg) lain: kertas akhbar yg lama ~ menjadi kuning; 5. Pr beralih (tempat dll), berpindah (dr yg dahulu), bertukar (arah dll): ~ dr sini kamu, Mat Som; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.bah]/[ber.u.bah] | براوبه

Definisi : menjadi lain, bertukar (rupa, warna, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ubah
Kata Terbitan : berubah, berubah-ubah, mengubah, memperubahkan, perubahan,

Puisi
 

Nampak dari Kuala Segamat,
     Di situ banyak pokok pauh;
Berubah hati berdebar semangat,
     Kerana bertemu kampung bertuah.


Lihat selanjutnya...(37)
Peribahasa

Neraca palingan bungkal,
     hati palingan Tuhan.

Bermaksud :

Pendirian orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Neraca palingan Allah, mata palingan setan, b. Teraju palingan angin, hati palingan Tuhan).

 

Lihat selanjutnya...(34)

424

News lords, new laws

Apabila perintah baharu atau orang lain berkuasa, maka peraturan baharu pula diperkenalkan.

Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah

''Last year, we didn't even have to pay a single cent for our quit rent. But now, wea are told to pay up,'' I said ''Well, that was last year. Now we have a new government. News lords, new laws,'' replied my boss.

''Tahun lepas kita tak perlu bayar satu sen pun cukai tanah. Tapi sekarang kita kena bayar pula,'' kataku. ''Itu tahun lalu, sekarang kerajaan baharu. Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah,'' jawab ketuaku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(38)