Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bong.kar] | بوڠکر

Definisi : ; membongkar 1. mengangkat ke atas, menaikkan: ~ sauh; 2. menurunkan muatan dr kapal (kereta api dll), memunggah: ~ muatan; 3. merombak (bangunan, enjin, dll): habis rumah-rumah diselongkar dan dibongkar; 4. membuka dgn paksa (pintu, peti, dll): pencuri itu dapat mengambil barang-barang berharga dgn ~ pintu peti besi; 5. mengeluarkan sesuatu secara tidak teratur kerana mencari sesuatu: ~ kain baju di dlm almari itu utk mencari kunci laci; 6. membuka (rahsia dll): ~ rahsia; ~ misteri pembunuhan itu; 7. membangkitkan perkara-perkara lama: suka sekali ~ yg lama-lama; terbongkar telah dibongkar;bongkaran hasil membongkar, benda yg sudah dibongkar; kebongkaran Jk kemasukan pencuri, kecurian; pembongkaran perbuatan membongkar; pembongkar orang yg bertanggungjawab membongkar sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bong.kar] | بوڠکر

Definisi : ; ~ cerah Pr fajar menyingsing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bong.kar] | بوڠکر

Definisi : ; membongkar 1 mengangkat ke atas; menaikkan: ~ sauh mengangkat sauh. 2 memunggah atau menurunkan muatan dr kapal dsb. 3 meruntuhkan sesuatu supaya tidak digunakan lagi; merombak: Pasukan itu diberi tugas ~ rumah-rumah haram. 4 mengeluarkan enjin utk dibaiki dan dipasang semula. 5 membuka pintu dll dgn paksa: Pencuri-pencuri itu telah ~ peti besinya dan berjaya melarikan barang-barang kemasnya. 6 membangkitkan-bangkitkan hal-hal lama; membuka rahsia: Tidak ada sesiapa pun yg berani ~ rahsia penyeludupan itu. bongkaran sesuatu yg dibongkar; hasil membongkar; rombakan. pembongkaran 1 perbuatan membongkar (barang-barang dsb). 2 pembukaan rahsia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bongkar

Peribahasa

Terlampau duka terurah buntil,
     terlampau suka terurah rahsia.

Bermaksud :

Hendaklah bersikap sederhana dan hati-hati dalam segala hal (baik waktu duka mahupun waktu suka). urah = bongkar, urai; buntil = kantung daripada kain.

 

Lihat selanjutnya...(2)