Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.jur] | بوجو

Definisi : 1. = ~ telur = bulat ~ mempunyai bentuk spt bentuk telur ayam, lonjong: mengapa raga ini ~?; muka ~; segi empat ~ (Mat) rajah segi empat yg mempunyai empat sudut tepat; 2. panjang (bidang, bongkah, dll): lipat tepi lintang kain dahulu, kemudian tepi ~ kain supaya rata; ruang tamu itu ~nya 6.7 meter dan lebarnya 4.5 meter; ~ sangkar Id a) empat persegi tepat; b) persegi; 10 meter ~ sangkar 10 meter persegi; ~ sirih bulat memanjang (spt daun sirih); ~ songsang bulat melebar, lwn bujur sirih; ~ telur = bulat ~ bulat panjang (spt telur), lonjong, penjong; ~ lalu, lintang patah prb mengerjakan sesuatu haruslah menurut aturannya;membujur 1. terletak memanjang: banjaran gunung itu ~ dr utara ke selatan Tanah Melayu; mayat itu ~ kaku; 2. mengikut panjang atau memanjang: potong melintang atau ~; ~ jari menyambung tangan dgn mempertemukan hujung jari;membujurkan meletakkan mengikut panjang atau secara memanjang: mereka ~ mayat itu ke arah kiblat;terbujur terletak (terbaring) membujur; ~ lalu, terlintang patah prb perintah yg tidak dapat dialang-alang (terpaksa diturut). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.jur] | بوجو

Definisi : mujur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.jur] | بوجو

Definisi : 1 bentuk sesuatu benda yg agak panjang: muka ~ ; segi empat ~. 2 panjang sesuatu bidang; lw lebar: Padang ini ~nya 100 meter dan lintangnya 80 meter. ~ sangkar a. segi empat tepat. b. persegi. ~ sirih bulat memanjang spt bentuk daun sirih. ~ telur bulat panjang atau lonjong spt bentuk telur. membujur terletak mengikut panjangnya; memanjang: Banjaran Titiwangsa ~ dr utara hingga ke selatan Semenanjung Malaysia. membujurkan meletakkan sesuatu membujur: Mereka kemudian ~ jenazah orang tua itu di atas sebuah katil. terbujur terletak membujur; terbaring. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bujur

Puisi
 

Sirih kuning ganggangnya jelujur,
     Nak taruh bulan puasa;
Putih kuning mukanya bujur,
     Nak taruh permainan mata.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Yang terbujur lalu,
     yang terlintang patah.

Bermaksud :

Sesuatu yang tak dapat dihalang-halangi. (Peribahasa lain yang sama makna: Bujur lalu, lintang patah).

 

Lihat selanjutnya...(2)