Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.cat] | چاچت

Definisi : ~ akal rosak akal atau fikiran. ~ anggota cacat pd anggota (spt kudung, buta). ~ cedera bermacam-macam cacat. mencacat mengatakan keburukan sesuatu; mencela; mencaci: Perbuatan suka ~ orang lain hendaklah dihentikan. mencacati menjadikan sesuatu kurang baik; menyebabkan cacat: Bahan ini dpt ~ pertumbuhan anak pokok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ca.cat] | چاچت

Definisi : kekurangan atau keadaan kurang sem­purna (lengkap, baik) pd badan (benda, per­buatan, akhlak, batin, dll), cela; barang ini ~ sedikit rosak (kurang elok) sedikit; apa ~nya kalau kita menjemput dia apa buruknya (malunya, ruginya, celanya) kalau menjem­put dia; ~nya sedikit, lampu di situ agak terang sayang lampu di situ agak terang; ~ akal tidak waras; ~ anggota cacat pd anggota (spt tidak bertangan dll); ~ cedera (cela, cida) bermacam-macam cacat; bercacat mempunyai cacat, bercela; mencacat mengatakan keburukan seseorang atau sesuatu, mencela: bangsa Melayu tidak dicacat dan dibencinya; mencacati 1. menyebabkan sesuatu cacat, melukai (merosakkan dsb): jangan dicacati pokok kayu di perkarangan itu; 2. mencabul, menodai: ~ nama baiknya sendiri; ~ undang-undang melanggar undang-undang; mencacatkan menjadikan atau menyebab­kan cacat: rokok juga boleh ~ bayi; tercacat tercela; cacatan celaan, kecaman, kritik: jika mendapati apa-apa perkara yg tidak munasabah dlm cerita ini, janganlah hendaknya menjadi ~; kecacatan perihal (keadaan, sifat, dsb) kurang sempurna, kekurangan atau keadaan (yg menjejaskan sesuatu): ~ ini tidak zahir pd mata ramai kerana Sulung sangat pandai melindungkan kekurangannya; ~ pd anggotanya tidak sedikit pun menghalangnya mencapai cita-citanya; ~ sembahyang fardu yg tidak disengajakan, kerana lupa, rosak bacaan, dll; pencacat orang yg suka mencacat(i), pen­cela, pencerca. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cacat

Puisi
 

Nyiur lamin di Pantai Lamin,
     Jatuh sebutir disambar ribut;
Hitam manis duduk beransin,
     Cacat sedikit rambutnya sejemput.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bicarakan rumput di halaman orang,
     di halaman sendiri rumput sampai di kaki tangga.

Bermaksud :

Cacat-cela orang lain tampak, cacat-cela sendiri tidak kelihatan.

 

Lihat selanjutnya...(7)