Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.ci] | چاچي

Definisi : cela, cerca, nista; ~ maki kata yg keji dan kotor; bercaci-cacian saling mencaci, saling men­cela, saling mencerca, saling menghina; mencaci 1. mengatakan keburukan orang, mencela, menghina: dia tidak mahu belajar lagi kerana gurunya selalu ~ dia di depan murid-murid lain; 2. = ~ maki memaki-maki dgn kata-kata yg keji dan kotor; caci-mencaci (perbuatan) saling mencaci (antara satu sama lain): utk menenangkan keadaan, elakkan sebarang perbuatan ~ dan cabar-mencabar; tercaci dicaci, terkeji: sifat-sifat yg ~; cacian celaan, cercaan, nistaan; pencaci orang yg mencaci. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.ci] | چاچي

Definisi : , = cacian kata-kata yg keji utk menghina dan utk mencerca; nista. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata caci