Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.wat] | چاوت

Definisi : kain (kulit kayu dll) penutup kemaluan; ~ besi sj alat yg dipakai oleh wanita pd zaman dahulu utk menghalang mereka drpd mela­kukan hubungan seks di luar nikah: sejak awal abad kedua belas lagi, ~ besi telah dimanfaatkan oleh suami yg mencurigai kesetiaan isteri mereka; bercawat memakai cawat; ~ ekor (bkn anjing) menutup lubang dubur dgn ekor dan dikepit di antara kaki belakang; sepuluh jong masuk, anjing ~ ekor juga prb betapa pun kemajuan perubahan yg berlaku dlm negeri, tetapi kita (dia, mereka) tetap spt keadaan yg lama juga; mencawatkan mengikat (kain dll) menjadi cawat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.wat] | چاوت

Definisi : ; ~ udi sj tumbuhan (pokok memanjat), Vitis simplex. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.wat] | چاوت

Definisi : kain (daun, kulit kayu dsb) yg dijadikan penutup kemaluan. bercawat memakai cawat. mencawatkan memakai (kain dll) sbg cawat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cawat