Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.tus] | چتوس

Definisi : bunyi spt bunyi besi digoreskan ke batu dll; ~ api Mn pemetik api (drpd batu, besi, sabut, dll), teker; bak ~ api prb (orang yg) sangat cepat berkata (bekerja, bertindak, dll); mencetus 1. meletus (melompat) ke luar (bkn bunga api), mengeluarkan bunga api; 2. = ~ api membuat api dgn menggunakan cetus api (gores api dll); 3. Mn (bkn kuda dll) menggigit orang dgn diam-diam; 4. Mn ki mencari-cari kesalahan; mencetuskan 1. menerbitkan, mengeluarkan (percikan atau bunga api); 2. menimbulkan sesuatu (keadaan, peristiwa, perasaan, ilham, dll) dgn sekonyong-konyong, menerbitkan: hasrat mereka utk ~ pemberontakan bersenjata bukanlah menjadi rahsia lagi; lawatan ke Infokraf mungkin ~ aneka ilham yg akan membuka lembaran baru; tercetus berlaku (terjadi, timbul) sesuatu keadaan (kejadian, peristiwa dsb): perkelahian itu ~ akibat perasaan dendam yg sudah lama terpendam; cetusan 1. apa yg ditimbulkan (dilahirkan dll), sesuatu yg terbit drpd, pancaran, jel­maan: tulisan itu adalah satu ~ perasaannya; 2. = ~ api cahaya api yg berkilat dll, bunga api yg terbit; pencetusan perihal mencetuskan atau me­nerbitkan (sesuatu): ~ idea-idea baru di kalangan intelektual di universiti tidak mungkin berlaku jika pensyarah, mahasiswa, atau siswazahnya tidak banyak membaca; pencetus sesuatu yg mencetuskan: ~ idea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.tus] | چتوس

Definisi : bunyi spt bunyi besi digeselkan pd batu dgn cepat. ~ api pemantik api. mencetus 1 meletus keluar (ttg bunga api). 2 = ~ api membuat api dgn menggunakan cetus api (menggeselkan besi pd batu dsb). mencetuskan 1 mengeluarkan atau menerbitkan (bunga api dsb); menyalakan. 2 ki menimbulkan atau menerbitkan sesuatu keadaan: Hasrat mereka hendak ~ pemberontakan telah dpt dipatahkan. tercetus timbul atau terjadi sesuatu keadaan: Persengketaan itu ~ kerana keangkuhan beberapa pihak. cetusan, = ~ api bunga api yg terbit; kilatan api. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cetus

Peribahasa

Selera bagai cetus api.

Bermaksud :

Sangat rakus.

 

Lihat selanjutnya...(2)