Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.dah] | دده

Definisi : ; terdedah 1. terbuka (bkn pintu, tingkap): pintu bilik itu sentiasa ~ dan sesiapa sahaja dapat masuk; 2. tidak tertutup (bkn badan, makanan, dll): penjaja itu membiarkan barang-barang jualannya ~; pahanya ~; 3. berada dlm keadaan terbuka kpd (pengaruh sesuatu dsb): pd dasarnya orang Melayu makin ~ kpd dunia luar; keterdedahan perihal (keadaan) terdedah: teknik ini ditentukan oleh ~ atau keperluan ekonomi yg wujud dlm negeri; dedahan 1. sesuatu yg didedahkan; 2. hasil mendedahkan; pendedahan 1. perihal mendedahkan (me­maparkan, menampakkan, memper­lihat­kan): persajakan pd masa ini lebih cenderung kpd ~ perkara-perkara dan perasaan yg jelik dan tidak menyenangkan; 2. kegiatan, proses, dsb yg menjadikan seseorang me­ngetahui atau memahami sesuatu yg dulunya asing kepadanya: oleh sebab itu orang-orang Melayu yg mendapat ~ yg terendah kpd bahasa Inggeris akan tersisih drpd aktiviti politik negaranya sendiri; kursus ~ dan peningkatan tentang asas-asas bahasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.dah] | دده

Definisi : ;mendedahkan 1 membuka sesuatu yg tertutup: Dia ~ hidangan itu. 2 menampakkan atau memperlihatkan sesuatu yg sepatutnya tertutup (terlindung): pakaian yg ~ belakang. 3 memecahkan rahsia atau membentangkan perkara-perkara yg tidak diketahui sebelumnya: Polis telah ~ segala kelakuannya yg tidak baik itu kpd hakim. 4 memperkenalkan (memberitahukan) sesuatu perkara dsb: Kita seharusnya ~ hal-hal dunia luar kpd kanak-kanak. terdedah 1 terbuka (bkn pintu, tingkap dsb): Jangan biarkan pintu depan itu ~, nanti dimasuki pencuri. 2 tidak tertutup (bkn makanan, badan dll): Mengapa hidangan ini ~ saja? 3 dpt dipengaruhi oleh: Apabila hubungan diperluas, sesuatu masyarakat itu ~ kpd perkembangan peradaban dlm masyarakat lain. 4 tidak dilindungi: Tugas yg sulit itu ~ kpd bahaya. pendedahan 1 perbuatan atau hal mendedahkan: ~ betis dan paha sudah menjadi lumrah dan perlu disekat. 2 pengenalan kpd sesuatu perkara: ~ murid-murid sekolah kpd perkembangan bahasa Melayu. dedahan sesuatu yg didedahkan; hasil mendedahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dedah