Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.gup] | دݢوڤ

Definisi : 1. bunyi spt bunyi benda jatuh ke tanah; 2. bunyi spt bunyi denyutan jantung yg keras; berdegup berbunyi degup: Haji Ibrahim juga cuba menguasai kegusaran Ahmad walau­pun dlm dirinya sendiri ~ debaran-debaran bimbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.gup] | دݢوڤ

Definisi : = degupan gerakan turun naik atau kembang kempis (bkn jantung); denyut: Kemudian, dia tidak sedarkan diri, ~ jantungnya semakin lemah. berdegup bergerak turun naik atau kembang kempis (bkn jantung); berdenyut: Jantung orang yg hidup sentiasa ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata degup