Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.pan] | دڤن

Definisi : hadapan, muka: dr rumah ketua kampung ternampak api pelita minyak tanah di ruang ~; minggu (bulan dll) ~ minggu (bulan dll) yg akan datang; di depan di hadapan, di muka: ~ markas besar itu terletak sebuah jip yg sudah tua; ke depan 1. ke hadapan, ke muka, mara; 2. selanjutnya, seterusnya, hingga pd; terkedepan berada (jauh) di depan atau di hadapan (dlm proses kemajuan dsb), sudah maju: utk diterima umum, seseorang itu tidak harus terkebelakang atau ~ drpd tamadun yg sedang didudukinya; seseorang mesti belajar banyak teknik pengadilan termasuk kecekapan mata drpd pengadil-pengadil yg ~; depan-depan secara berhadapan (langsung), secara bertentang mata (bersemuka): kalau tidak boleh bercakap secara ~ dgn pa­sang­an, telefonlah sahaja; kalau ingin me­negurnya, tegurlah ~ secara baik; berdepan bertemu (bersua) muka, ber­hadapan: perasaanku senang sekali apabila ~ dgn anak-anak itu; berdepan-depan berhadap-hadapan, ber­semuka; mendepan menghadap (menghala, meng­arah) ke: ibunya tidak berbaju, hanya ber­kemban gantung sahaja dan separuh dada­nya terbuka ~ angin; mendepani 1. berada di depan sesuatu: tinggallah Masniah keseorangan yg sedang ~ Mat Deli dgn degup jantungnya yg kencang; 2. berusaha tidak mahu ketinggalan; mendahului: Adi dirasakan begitu besar ~nya dlm setiap bidang; mengedepankan mengutarakan, menge­mukakan: ~ permohonan kpd pihak yg berkenaan; terdepan (yg) di depan sekali: askar-askar kita yg di medan perang ~ semuanya ber­jaga-jaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata depan

Puisi
 

Sirih puan depan tangga,
     Menyambung datang orang marhaban;
Tanya puan dijawab duka,
     Bunga di jambangan telah kepunyaan.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Bergurindam di tengah rimba.

Bermaksud :

Menunjukkan kepandaian di depan orang yang bodoh.

 

Lihat selanjutnya...(7)

297

The leopard cannot change its spots

Sifat atau tabiat seseorang, lazimnya sangat negative, tidak mungkin berubah.

Jejak dapat dihilangkan, belang bagaimana hendak dihilangkan?

I thought that old man had repented when he married that beautiful singer, but the leopard cannot change its spots. He still dated young girls, only this time right under his wife's nose!

Saya agakkan orang tua itu sudah bertaubat setelah mengahwini penyanyi cantik manis itu, tetapi jejak dapat dihilangkan, belang bagaimana hendak dihilangkan. Dia masih keluar dengan gadis-gadis muda, cuma kali ini di depan mata isterinya!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)