Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[do.nga/] | دوڠق

Definisi : ; mendongak, terdongak 1. ter­angkat sedikit ke atas (bkn kepala, muka, dll), tercongak: kapal yg kena bom itu ~ kian tegak dan akhirnya meluncur teng­gelam; kepalanya ~ dan pandangannya terlekat ke siling; 2. memandang (menoleh, menengok) ke atas: ia pun ~ ke langit dan memejamkan matanya; ~ rupa kerbau jantan kemudian prb orang yg mem­per­lihatkan keangkuhannya; mendongakkan mengangkatkan muka (bahagian hadapan atau hujung sesuatu benda) ke atas, mencongakkan: Zaini yg tunduk ketika itu mencuba ~ kepalanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[do.nga/] | دوڠق

Definisi : mendongak 1 memandang (melihat) ke atas; mencongak: Dia ~ melihat buah mangga yg sudah masak itu. 2 = terdongak terangkat sedikit ke atas (muka atau hujung sesuatu benda): Kapal terbang itu ~ sedikit sewaktu hendak naik. mendongakkan mengangkat muka (bahagian hujung atau bahagian hadapan sesuatu benda) ke atas; menjadikan terdongak: Dia ~ kepalanya utk melihat sesuatu yg aneh di angkasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dongak