Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.ta] | دوتا

Definisi : 1. utusan; raja ~ sl ketua utusan; 2. = ~ besar pegawai diplomatik yg tertinggi pangkatnya yg dihantar oleh kerajaan atau negaranya ke negara asing utk tinggal me­netap di sana (selama beberapa tahun) sbg wakil kerajaannya; 3. wakil yg dilantik secara sah atau dihantar (oleh kerajaan, pertubuhan, firma, dsb) ke negara asing (mis utk meng­galakkan pelancongan, pelaburan, dsb): kum­pulan kebudayaan dr Kementerian Ke­budayaan Belia dan Sukan dihantar ke Paris sbg “~” penggalakan pelancongan ke Malaysia; ~ kecil kanak-kanak yg dihantar ke luar negeri sbg “duta” (utk menggalakkan pelancongan dsb); ~ pengembara Id wakil negara yg pergi ke negara-negara lain utk menguruskan sesuatu hal; kedutaan pejabat tempat duta dan pegawai-pegawai diplomatiknya bertugas: di Bangkok, Amerika Syarikat mempunyai ~ yg terbesar sekali; perdutaan ark perutusan ke luar negeri; peduta, penduta ark sl timbalan (penolong) ketua dlm sesuatu utusan: apa nama raja dutanya dan siapa ~nya? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.ta] | دوتا

Definisi : wakil kerajaan di sesebuah negara luar (asing). ~ besar wakil kerajaan yg tertinggi di negara asing. kedutaan pejabat tempat duta dan pegawai-pegawainya bertugas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata duta