Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.gang] | ݢاݢڠ

Definisi : 1 bahagian pangkal daun, buah atau bunga yg tidak berteras dan melekat pd ranting atau pd batang pokok; tangkai. 2 batang tumbuh-tumbuhan yg menjalar atau melilit, spt batang sirih. 3 bahagian drpd sesuatu yg dipegang apabila menggunakannya: ~ keris hulu keris; ~ pena batang pena; ~ telefon bahagian pd telefon yg dipegang apabila bercakap (semasa menelefon). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ga.gang] | ݢاݢڠ

Definisi : 1. tangkai (bunga, gayung, dll), hulu (keris, tombak, dll); 2. Mn pucuk ranting atau batang pokok yg melata (melilit), sulur; ~ pena batang pena; ~ senapang (telefon) pemegang senapang; ~ telefon pemegang telefon; spt sirih pulang ke ~nya prb orang yg kembali kpd asalnya;menggagang mempunyai sulur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gagang

Puisi
 

Sirih pinang gagang pinang,
     Patah pucuk si gembila;
Cahaya pinang naik ke kening,
     Cahaya sirih naik ke muka.


Lihat selanjutnya...(5)