Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gas] | ݢس

Definisi : 1. bahan spt udara, bukan cecair dan bukan pepejal; 2. gas yg dikeluarkan drpd batu arang dan mudah terbakar; kilang ~ kilang yg mengeluarkan gas drpd arang; 3. wap minyak benzin (petrol); lampu ~ lampu yg memakai gas utk nyalanya; ~ adi = ~ lengai = ~ nadir (Kim) kumpulan gas (helium, neon, argon, kripton, xenon, dan radon) yg tidak reaktif dan sangat stabil dr segi kimia; ~ air mata = ~ pemedih mata gas yg menyebabkan mata pedih dan berair, biasanya digunakan utk mengawal rusuhan; ~ asli gas yg diperoleh dr kerak bumi; ~ ketawa sj gas (nitrus oksida) yg digunakan sbg ubat pelali; ~ petroleum cecair (Kim) gas butana atau propana yg dicecairkan secara tekanan dan disimpan di dlm tabung gas; ~ sahih = ~ tak sempurna (Kim) gas yg mempunyai saiz tertentu dan terdapat daya tarikan di antara molekul-molekulnya, iaitu gas yg tidak menunjukkan sifat gas unggul; ~ sempurna = ~ unggul (Kim) gas hipotesis yg molekul­molekulnya dianggap terlalu kecil, bergerak secara rawak, dan tidak mempengaruhi satu sama lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gas] | ݢس

Definisi : 1 zat spt udara yg tidak menjadi cair atau beku pd suhu biasa. 2 = ~ arang batu zat atau campuran zat yg bersifat spt udara yg mudah terbakar, biasanya diperoleh drpd arang batu dan digunakan sbg bahan api. ~ asli (jati) gas yg wujud bersama enapan petroleum (di bawah permukaan bumi). ~ ekzos gas yg keluar dr enjin pembakaran dalam (melalui ekzos). ~ lengai gas yg tidak aktif (dr segi kimia spt argon dan neon). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gas