Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ghai.rah] | ‌غاءيره

Definisi : kemahuan hati atau nafsu berahi yg kuat; penuh minat atau penuh perasaan: Dgn penuh ~, dia menunggu jawapan drpd gadis itu. mengghairahi sangat mengingini; sangat-sangat berkehendak akan sesuatu: Dia ~ jawatan Ketua Bahagian itu. mengghairahkan menimbulkan kemahuan hati atau rasa berahi yg amat sangat: Filem-filem lucah yg ~ tidak boleh ditayangkan di negara kita. keghairahan keinginan (keberahian, kehendak) yg amat kuat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ghai.rah] | ‌غاءيره

Definisi : 1. nafsu (keinginan) yg keras, cinta (berahi) yg amat sangat: dia melihat gadis itu dgn penuh ~; 2. cemburu yg keras: ~nya berombak-ombak melihat kelakuan isterinya; 3. penuh minat (keinginan, nafsu, dll), mempunyai atau menunjukkan minat (keinginan dsb) yg keras atau meluap-luap: anak-anak muda itu makin ~ menyanyi; mengghairahkan 1. menimbulkan nafsu (cinta, cemburu, dll) yg amat sangat: memang kucing itu apabila berkasih-kasihan terlalu ~; 2. mengingini (mencintai, mencemburui) amat sangat: ia ~ kedudukan saudaranya itu; keghairahan 1. nafsu, percintaan, cinta berahi; 2. kecemburuan; 3. perihal ghairah (penuh minat), keinginan (minat) yg keras: ~ orang ramai menyertai koperasi yg menjanjikan kemudahan pinjaman kpd mereka tentu sekali menarik minat banyak pihak yg ternyata menangguk di air keruh; pengghairah sesuatu yg (boleh) mengghairahkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ghairah