Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gi.git] | ݢيݢيت

Definisi : ; bergigit, bergigitan mencengkam (mencengkeram dll) dgn gigi antara satu sama lain, saling menyepit dgn gigi; menggigit 1. mengapit (mengacip, menyepit, dsb) dgn gigi: kaki pencuri itu digigit anjing; ~ bibir ki berasa marah (geram); ~ jari (telunjuk) ki berasa kecewa (hampa); 2. mengapit atau mencengkam (bkn kasut); 3. berasa seakan-akan dicengkam atau dicucuk-cucuk (kerana kelaparan dll): perut Pak Dollah semakin ~ lapar; 4. menimbulkan rasa seakan-akan dicengkam-cengkam atau dicucuk-cucuk (kerana kesejukan dll): dinginnya terasa ~-gigit ke tulang sumsum; tergigit 1. telah digigit; 2. boleh digigit; 3. tidak sengaja digigit; ~ lidah a) tidak bermalu, tidak menghiraukan kecaman (celaan) orang; b) tidak berani bercakap terus terang (kerana terhutang budi dll); gigitan 1. cengkaman dgn gigi utk menggigit; 2. bekas digigit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gi.git] | ݢيݢيت

Definisi : ; bergigitan saling mencengkam dgn gigi: Anjing-anjing itu selalu ~ apabila diberi makan oleh tuannya. menggigit 1 menyepit atau memotong dgn gigi; mencengkam dgn gigi: Jangan takut, anjing ini tidak ~. 2 berasa sakit spt dicubit-cubit: Perutnya ~ kerana terlalu lapar. ~ bibir berasa sangat marah atau geram. ~ jari (telunjuk) ki berasa kecewa atau hampa. gigitan 1 cengkaman dgn gigi; hasil perbuatan menggigit: Penyakit itu akibat drpd ~ anjing gila. 2 bekas atau kesan kena gigit: Kamu tidak dpt tidur dgn selesa jika kamu menggaru-garu ~ nyamuk sepanjang malam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gigit

Puisi
 

Kain kasar kain dibeli,
     Masuk berniaga negeri Jawa;
Kisar di kanan gigit di kiri,
     Salah timbang kecewa juga.


Lihat selanjutnya...(4)