Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[go.long] | ݢولوڠ

Definisi : ; menggolongkan 1. membahagi-bahagikan (mengasingkan) ke dlm beberapa kumpulan (kaum dll): penganggur-penganggur yg mencari pekerjaan digolongkan menurut umur dan pelajaran mereka; 2. memasukkan ke dlm kumpulan (puak dll): mereka ~ tuan sbg bumiputera; tergolong termasuk (dlm kumpulan dll): Tongkat Warrant ~ sbg penyajak beraliran realisme; golongan kumpulan, kelompok: orang Melayu merupakan ~ penduduk yg terbesar di negara ini; ~ bangsa kumpulan bangsa; ~ kata (Lin) kategori kata yg berasaskan fungsi, bentuk atau maknanya, mis kata nama, kata kerja dan kata adjektif; ~ terbesar kelompok manusia (rakyat) yg besar bilangannya; ~ terkecil kelompok manusia (rakyat) yg kecil bilangannya; penggolongan perihal menggolongkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[go.long] | ݢولوڠ

Definisi : ; menggolongkan membahagi-bahagikan kpd beberapa kelompok; memasukkan ke dlm kumpulan: Mereka telah ~ para peserta mengikut umur masing-masing. tergolong termasuk dlm sesuatu kumpulan atau kelompok. golongan himpunan beberapa benda atau orang yg telah digolongkan; kelompok; kumpulan. ~ kata kumpulan kata yg dibahagikan berasaskan fungsi, bentuk atau makna, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. penggolongan perbuatan menggolongkan (kpd kumpulan atau kelompok). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata golong