Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ham.bat] | همبت - همبت

Definisi : ; berhambat-hambat, berham­bat-hambat­an berkejar-kejaran: lari ~; menghambat, memperhambat 1. mem­buru, mengejar (kerana hendak menangkap atau menyerang dll): ia ~ binatang itu sekuat-kuatnya; Peringgi pun pecahlah lalu lari ke air diperhambat oleh orang Melaka; 2. memikat (hati), menawan (hati): anak yg kecil itu ~ hati ibunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ham.bat] | همبت - همبت

Definisi : ; menghambat menahan, meng­halang, menyekat, merintangi: pertem­pur­an satu lawan satu telah ~ kemajuan tentera Jepun; kapal perang itu telah ~ pelayaran kami; Islam tidak akan ~ kemajuan kerana apa yg dikaitkan dgn kemajuan juga di­bendung oleh hukum-hukum alam yg me­ngikut kehendak Allah; terhambat terhalang, tertahan: keindahan alam tidak dapat dilihat kerana ~ oleh kabut yg tebal; hambatan 1. halangan, rintangan, sekatan: halangan dan ~ yg mempengaruhi mutu pengajian bahasa Melayu; 2. penghalang, pengempangan (kayu dll); penghambatan perihal atau perbuatan meng­­­ham­bat, penghalangan, perintangan; penghambat sesuatu yg menghambat, peng­halang, perintang, penyekat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ham.bat] | همبت - همبت

Definisi : ; berhambat bergerak dgn langkah yg lebih cepat drpd berjalan; berkejar; berlari. berhambat-hambatan berlari buru-memburu antara satu dgn yg lain; berkejar-kejaran. menghambat 1 mengejar kerana hendak menangkap, menyerang dll; memburu: Polis sedang ~ pencuri yg melarikan diri itu. 2 menawan hati; memikat hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ham.bat] | همبت - همبت

Definisi : menghambat menyekat (sesuatu pergerakan dll); menghalang; merintangi: Tanah runtuh telah ~ perjalanan kami ke Bentung. hambatan halangan; rintangan. penghambat sesuatu atau seseorang yg menghambat; penghalang; penyekat: Golongan yg berfikiran kolot merupakan ~ kemajuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hambat
Kata Terbitan : menghambat,

Peribahasa

Mengusik anjing tidur.

Bermaksud :

Sengaja mencari kesusahan atau bahaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak badak dihambat-hambat, b. Menjolok sarang tabuan).

 

Lihat selanjutnya...(4)