[hik.mah] | حکمه
Definisi : 1. kebijaksanaan drpd Allah, kecerdikan: dakwah Islam yg dijalankan mestilah dgn penuh ~ serta bertepatan dgn budaya dan iklim kemalaysiaan; Allah melakukan apa sahaja menurut kehendak-Nya dan sesuai dgn ~ yg telah ditetapkan oleh-Nya; 2. rahsia, kelebihan atau tujuan sebenar di sebalik sesuatu perkara (kejadian, hal dsb): rupa-rupanya kemalangan itu ada ~ di sebaliknya; poligami harus dilihat sbg syariat Allah yg pasti ada ~ dan perlu ditegakkan sekiranya mampu; berhikmah mempunyai hikmah (kebijaksanaan dsb): pendekatan yg ~ dan berhati-hati perlu diambil dlm usaha menyeragamkan undang-undang syariah itu; generasi muda yg sering diperkatakan sbg golongan yg bermasalah harus ditangani dgn cara yg ~ dan penuh rahmat serta kasih sayang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[hik.mah] | حکمه
Definisi : 1 kebijaksanaan drpd Allah; kecerdikan: Kegiatan dakwah Islam hendaklah dijalankan dgn penuh ~.2 kelebihan atau tujuan sebenar di balik sesuatu perkara, kejadian dsb; hikmat: Rupa-rupanya ada ~ di balik kemalangan yg berlaku itu. berhikmah mempunyai hikmah; bijaksana: Cara yg ~ dilaksanakan dlm menangani masalah remaja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)