Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ih.ram] | احرام

Definisi : Ar 1. keadaan seseorang yg telah berniat mengerjakan haji atau umrah (atau kedua-duanya sekali) yg pd ketika itu diharamkan baginya melakukan perbuatan tertentu spt memakai pakaian berjahit dan bau-bauan, menutup kepala (bagi lelaki) dan menutup muka (bagi perempuan), dan bersetubuh; 2. pakaian ihram: selepas memakai ~ di maktab, jemaah berkenaan terus ke Masjid al-Haram; pakaian ~ pakaian khusus yg digunakan pd masa mengerjakan haji dan umrah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ih.ram] | احرام

Definisi : tempoh larangan drpd melakukan perkara-perkara tertentu, spt memakai pakaian berjahit (bagi lelaki), memotong kuku, berburu dsb ketika mengerjakan ibadat haji atau umrah. pakaian ~ pakaian drpd kain putih yg tidak berjahit (utk lelaki) dan dipakai ketika dlm ihram semasa mengerjakan haji atau umrah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ihram