Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.jas] | ججس

Definisi : 1. luka sedikit, lecet, relas: jangankan terbelah, ~ pun tidak; 2. = berjejas rosak (punah, haus, binasa) pd barang spt kain baju dll, menunjukkan tanda atau kesan kerosak­an: baju awak ini sudah lama, tetapi tidak juga ~; menjejaskan 1. melukakan, merosakkan: tidak seorang lelaki pun yg pernah ~ hatinya; 2. mendatangkan (meninggalkan) kesan tidak baik pd, merosakkan: peristiwa itu tidak sedikit pun ~ perhubungan mereka; terjejas (sudah) jejas, mengalami kesan tidak baik: mungkin disebabkan keyakinan itu, rumah tangga mereka teguh, tak ~ walaupun telah 29 tahun mereka bersama; jejasan perihal jejas (luka dll); penjejasan perihal menjejaskan: dgn ~ itu, keamanan dan kedamaian telah hilang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.jas] | ججس

Definisi : 1 luka sedikit (kulitnya); tergores: Kulitnya tidak ~ oleh senjata. 2 rosak atau binasa (bkn kain baju); punah. menjejaskan 1 menyebabkan menjadi luka; melukakan; merosakkan: Kasut baru itu sedikit pun tidak ~ kakinya. 2 mendatangkan kesan yg tidak baik pd; merosakkan: Kejatuhan nilai mata wang telah ~ ekonomi negara. terjejas menerima kesan (biasanya tidak baik) atau rosak; terganggu: Semasa memindahkan bibit itu, perhatikan bahawa sistem akarnya tidak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jejas
Kata Terbitan : berjejas, menjejaskan, terjejas,