Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kas.ta] | کستا

Definisi : 1. golongan yg berdasarkan tingkatan kedudukan dlm masyarakat Hindu (yg terdiri drpd empat kasta iaitu Brahmana, Satria, Waisya, dan Sudra); 2. lapisan masyarakat, tingkatan golongan (dlm masyarakat): Hari Raya melambangkan persamaan makhluk Tuhan walau apa darjat dan ~ mereka; berkasta mempunyai kasta, terbahagi kpd atau tergolong dlm kasta: mereka masih prejudis terhadap perkahwinan perempuan ~ tinggi dgn lelaki yg ~ rendah; berkasta-kasta terbahagi atau berpecah kpd beberapa kasta: di rumah-rumah estet pun sering terdapat masyarakat yg ~ dan diasing-asingkan; mengkastakan membahagikan kelompok manusia mengikut kasta: apakah kau cuba utk ~ pengikut kita? kekastaan perihal kasta: semangat ~ itu mempunyai pengaruh yg besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kas.ta] | کستا

Definisi : golongan masyarakat dlm masyarakat Hindu yg bertingkat-tingkat (Brahman, Kesateria, Waisya dan Sudra). berkasta ada kastanya; terbahagi mengikut kasta: Masyarakat ~. berkasta-kasta terbahagi kpd beberapa kasta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kasta (kata nama)
Bersinonim dengan lapisan, golongan, kumpulan, tingkatan, bahagian, kelompok, warna, warga, jenis.,