Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.jut] | کجوت

Definisi : kaku (anggota, urat) disebabkan ter­peranjat atau ketakutan; berkejut; ~ telinga menegakkan telinga (spt kuda ketakutan); berkejutan berlari-lari tidak berketentuan kerana terperanjat; mengejut tidak semena-mena datangnya (ber­lakunya), dgn tiba-tiba (sekonyong-konyong), dgn tidak dijangka-jangka (disangka-sangka), mendadak: beliau meletakkan jawatannya secara ~; lawatan ~ lawatan yg tidak di­jangka-jangka atau tidak dirancang terlebih dahulu; mengejut-ngejut 1. tersentak-sentak, ber­goncang-goncang (tubuh): badannya kelihatan bergerak-gerak dan ~ sambil ia menangis; 2. pendek-pendek keras dan putus-putus (bkn bunyi binatang, tangisan, dll): sekali-sekala sedannya ~; sayup-sayup terdengar gonggongan anjing ~ dan memanjang-manjang; mengejutkan 1. = mengejuti menyedar­kan dr tidur (khayalan, menungan, dll), mem­bangkitkan (dr tidur): bunyi suara budak-budak berkelahi di luar ~ Karim drpd tidurnya; akan hilang menungnya apabila dikejuti oleh Poniem bahawa nasi telah terhidang; 2. memeranjatkan, sangat menghairan­kan, mengagetkan, menyebabkan (orang) ter­sentak: berita kematiannya sungguh ~ Bidin; 3. ki menyedarkan (supaya bertindak, maju, dll), membangkitkan semangat, memberang­sangkan: perubahan ini agaknya ~ mereka supaya mempunyai semangat berani dan berazam; terkejut 1. terperanjat, tersentak, kaget: seluruh dunia ~ mendengar berita pembunuhan Presiden Kennedy; ia ~ ketika isterinya menepuk bahunya; ~ besar sangat ter­kejut (terperanjat); 2. terjaga (terbangun, tersedar) drpd tidur: ketukan di pintu biliknya menyebabkan ia ~ drpd tidurnya; kejutan sesuatu yg mengejutkan (meme­ranjatkan), kesan (akibat) yg menyebabkan orang terkejut (terperanjat): mengikut pandangan orang Eropah, Islam memberi ~ kpd mereka; sebelum majlis berakhir, pengerusi membuat satu ~ dgn mengumumkan hari perkahwinan Raja Muda; ~ budaya akibat yg timbul apabila sesuatu kebudayaan atau anggota sesuatu kebudayaan secara tiba-tiba berhadapan dgn atau terdedah kpd unsur-unsur kebudayaan lain yg lebih tinggi tamadunnya (biasanya menimbulkan perasaan tersisih, tidak dapat menyesuaikan diri dsb pd anggota kebudayaan yg lebih rendah tamadunnya); ~ elektrik rasa sakit dan kontraksi otot secara tiba-tiba apabila terkena arus elektrik; kekejutan 1. perihal terkejut (terperanjat); 2. terkejut, terperanjat: Tuan Lim ~, matanya hampir tersembul; keterkejutan keadaan atau perihal terkejut: lelaki itu terbanting oleh ~ yg maha dahsyat; pengejut mudah terkejut (terperanjat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.jut] | کجوت

Definisi : ; mengejut dgn tiba-tiba atau dgn tidak disangka-sangka berlakunya sesuatu: Beliau telah meninggal dunia secara ~. mengejutkan 1 menyedarkan orang drpd tidurnya dll; membangkitkan: Subuh-subuh lagi dia telah ~ kesemua anaknya. 2 menyebabkan terperanjat; memeranjatkan; menghairankan: Kedatangan isteri mudanya itu telah ~ para jemputan. terkejut 1 terjaga drpd tidur; terbangun; tersedar: Ia ~ drpd tidurnya. 2 tersentak (kerana melihat sesuatu yg mengerikan dsb); terperanjat: Dia ~ mendengar lolong Leong Ah Meng. kejutan sesuatu yg mengejutkan atau yg memeranjatkan; kesan atau akibat drpd terkejut: Mengikut pandangan orang Eropah, Islam memberikan ~ kpd mereka. Sebelum majlis berakhir, pengerusi membuat satu ~ dgn mengumumkan hari perkahwinan Raja Muda. ~ budaya kejutan yg terjadi apabila seseorang dr sesuatu budaya secara tiba-tiba berhadapan dgn atau terdedah pd unsur-unsur kebudayaan lain, biasanya yg lebih tinggi tamadunnya, dan menimbulkan perasaan tersisih, tidak dpt menyesuaikan diri dsb dgn anggota kebudayaan lain. ~ elektrik pengaliran elektrik yg tiba-tiba dlm badan atau pd bahagian tertentu dlm badan yg menyebabkan rasa sakit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kejut
Kata Terbitan : mengejut, mengejut-ngejut, mengejuti, mengejutkan, terkejut, kekejutan,