Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kem.pis] | کمڤيس

Definisi : pipih kerana kurang atau tiada lagi isinya; tidak melembung: Tayar basikalnya ~. mengempis menjadi kempis: Belon yg dipegangnya ~ kerana terdapat lubang halus pdnya. mengempiskan menjadikan kempis (dgn mengeluarkan angin atau isinya): ~ perut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[kem.pis] | کمڤيس

Definisi : menjadi pipih atau kendur (kerana kurang atau tiada lagi isinya), tidak kembung atau melembung lagi: tayar kereta ini ~ kerana kurang anginnya; perutnya ~ dan pipinya cengkung; mengempis menjadi kempis: tayar keretanya semakin ~; mengempiskan menyebabkan (menjadi­kan) kempis: ia ~ tayar kereta dgn mengeluarkan anginnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kem.pis] | کمڤيس

Definisi : Jk sj botol yg dibalut dgn anyaman rotan (utk diisi air minum). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kempis (adjektif)
Bersinonim dengan cengkung, cekung, kempung, caung, lekuk ke dalam, kempot, kempum, kecut, susut, seruh, gentat, kedut, kisut, lisut, menjadi pipih, kisip;,
Kata Terbitan : mengempiskan,