Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kem.pu.nan] | کمڤونن

Definisi : 1. ingin benar (akan), selalu ingat (akan): ia ~ hendak mengetahui rahsia itu; 2. berasa kecewa (hampa) kerana tidak ter­capai sesuatu keinginan atau idaman: dicari-kannya juga buah yg dipesan oleh ayahnya itu kerana takutkan ayahnya ~ nanti; 3. dlm kesukaran (kebimbangan), dlm keadaan serba salah atau kebingungan, berasa sungguh malang (kerana sangat kecewa dll): lepas dr ~; menanggung ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kem.pu.nan] | کمڤونن

Definisi : 1 berasa kecewa kerana tidak mendapat sesuatu yg diingini: Ibunya ~ telur tembakul. 2 ingin benar (akan); selalu ingat (akan): Ia berasa ~ hendak mengetahui isi surat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kempunan (adjektif)
1. Bersinonim dengan ingin benar: berhajat benar, selalu ingat,

2. Bersinonim dengan kecewa: hampa, putus asa.,


Puisi
 

Sayang tidak berguna lagi,
     Hujan lebat arus berduri;
Saya tidak kempunan lagi,
     Sudah dicapai di hujung jari.


Lihat selanjutnya...(4)