Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pa.na.san] | کڤانسن

Definisi : 1. perihal panas, kehangatan: ada alat penetap suhu yg mengawal ~; ~ hati kemarahan hati; 2. tersangat panas; 3. kena panas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pa.na.san] | کڤانسن

Definisi : 1 keadaan panas: ~ seterika itu dpt diubah-ubah dgn memutarkan alat penetap suhunya. 2 kena panas; menderita panas: Dia ~ kerana duduk berhampiran dgn unggun api. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panas (adjektif)
1. Bersinonim dengan hangat: panas kuku, pesam, pesam kuku, panas pesam, suam, suam-suam kuku,
Berantonim dengan sejuk

2. Bersinonim dengan demam: hangat, dedar, radang, gerah, palak,
Berantonim dengan kebah

3. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan panas terik, berbahang, berkuap, bekuan cerah, terang,
Berantonim dengan redup

4. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan sangat marah, berang, membara, naik darah, menggelegak, mendidih,

5. Bersinonim dengan genting: sengit, tegang, meruncing, hangat, kebal, berbahaya,

6. Bersinonim dengan sial: mendatangkan bala, merugikan, menyusahkan, tidak menguntungkan, suih,

Kata Terbitan : panas-panas, berpanas, memanaskan, kepanasan, pemanasan, pemanas,

Peribahasa

Seperti cacing kepanasan.

Bermaksud :

Tidak tenang, selalu gelisah (kerana susah, malu dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai cacing kena air panas, b. Melanting-lanting bagai cacing kepanasan).

 

Lihat selanjutnya...(4)