Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kha.yal] | خيال

Definisi : 1 sesuatu yg tidak wujud yg terlukis atau yg timbul dlm fikiran seseorang; angan-angan; fantasi: Sebelum perang dahulu, naik ke bulan merupakan ~ semata-mata. 2 sangat asyik melakukan sesuatu; leka: Kerana terlalu ~ berjudi, ia lupa akan rumah tangganya. berkhayal 1 berangan-angan; mengelamun. 2 berbuat sesuatu hingga khayal; berleka-leka. mengkhayalkan 1 membayangkan atau menggambarkan dlm fikiran; mengangan-angankan: Keindahan dan kemewahan dlm filem itu hanya dikhayalkan saja. 2 menyebabkan khayal; melekakan. khayalan apa-apa yg dikhayalkan; angan-angan; lamunan; fantasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[kha.yal] | خيال

Definisi : 1. = khayalan; 2. leka, sangat asyik (membuat sesuatu): dia kelihatan ~ dlm sebarang usaha yg dilakukannya; mereka sedang ~ memerhatikan orang tua itu menganyam bakul; berkhayal 1. berangan-angan, mengelamun: Karim yg sedang duduk ~ dgn berbagai-bagai kenangan agak terkejut oleh panggilan isterinya; 2. berbuat spt benar-benar berlaku, berangan-angan: budak yg duduk di atas peti itu ~ mengenderai kereta; 3. melihat sesuatu yg sebenarnya tidak ada (tetapi seolah­olah wujud hasil drpd angan-angan): pd malam itu ia ~ suatu lembaga datang mendekatinya; 4. leka, sangat asyik (dgn): anak-anak gadis kita akan lekas terpengaruh dan seterusnya ~ dgn tarian gila dan pakaian yg kurang sopan itu; ~-khayal dgn bualan yg sia-sia; mengkhayalkan 1. menggambarkan (memba­yangkan) dlm angan-angan, mengangan­angankan, mereka (dlm fikiran): berlanjut-lanjut ia ~ keindahan tempat-tempat yg sudah dikunjunginya tempoh hari; drpd kedip rokok dan kepulan asap, kukhayalkan kota New York yg sibuk itu; 2. menyebabkan khayal (asyik), melekakan: suasana di dlm taman itu sungguh ~; terkhayal 1. terleka, terlalai: sebentar itu ~lah ia lupa akan segala sakit dan pedih yg ditanggungnya itu; 2. dapat dibayangkan oleh fikiran: mereka yg gugur di medan jihad akan mendapat kurniaan yg tidak ~ oleh akal; terkhayalkan dapat dikhayalkan: hal yg ~; khayalan 1. lukisan (gambaran, bayangan) sesuatu dlm fikiran (ketika bermenung dsb), rekaan atau ciptaan (dlm kepala atau oleh daya angan-angan), angan-angan, fantasi, khayal: sejurus mereka terdiam dihanyutkan oleh ~ fikiran masing-masing; segala peristiwa dlm cerita ini dibina drpd ~ semata-mata; 2. sesuatu yg nyata kelihatan oleh (atau pd pandangan seseorang pd hal sebenarnya tidak wujud, ciptaan angan-angan; 3. yg dibayangkan atau dilukiskan dlm angan-angan spt benar-benar ada (berlaku dll), yg direka atau dicipta oleh daya angan-angan, khayal: cerita-cerita ~ dgn peristiwa-peristiwa yg aneh dan tidak mungkin berlaku; kekhayalan keadaan khayal (leka), keasyik­an (sewaktu sedang membuat sesuatu); pengkhayalan proses, cara atau perbuatan mengkhayalkan); pengkhayal orang yg berkhayal: ~ sepi ini sudah lama berhajat hendak bermesra dgn gadis itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
khayal (kata nama)
1. Bersinonim dengan angan-angan: bayangan, gambaran, maya, rekaan, fantasi,

2. Bersinonim dengan lelan: syok sendiri, lupa diri,

Kata Terbitan : berkhayal, terkhayal, khayalan,