Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kias]/[qias] | قياس

Definisi : ; ilmu ~ ilmu sihir atau ilmu ghaib (yg menggunakan jampi-jampi utk menyem­buhkan penyakit dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kias]/[qias] | قياس

Definisi : Ar 1. ibarat, teladan atau pengajaran (yg terkandung atau ternyata dlm cerita dll): disiarkan cerita-cerita yg (di dalamnya) penuh ~, ibarat dan pengajaran; 2. teguran yg tidak dgn terus-terang, sindiran; 3. per­bandingan dgn contoh yg telah ada atau dgn hal yg telah berlaku: ulama-ulama itu menjalankan tugas mereka dgn berdasarkan Quran, hadis, ~ dan ijmak; mengambil ~ mengambil contoh (teladan); ahli ~ ahli hukum Islam yg berdasarkan kias; manusia tahan ~, binatang tahan palu prb manusia boleh diajar dgn sindiran sahaja tetapi binatang hendaklah dipukul; berkias berkata-kata dgn menggunakan kias (sindiran), beribarat: aku tak pandai ~, tak pandai beribarat; berkias-kiasan sindir-menyindir: Hajah Sainah turut ~ utk mengusik anak angkatnya; mengias 1. menyindir: tidak aku sangka budak semuda itu pandai benar ~; 2. mem­perbandingkan dgn perkara yg telah ada atau telah berlaku: khalifah-khalifah itu menyelidiki hukum-hukum bagi perkara baru itu dgn jalan dikias dgn sesuatu hukum yg seumpamanya; kias-mengias berkias-kias, sindir-menyindir; mengiasi menyindir kpd; mengiaskan 1. mengenakan kias (perbandingan, persamaan) pd: ~ satu fasal undang-undang kpd suatu keadaan yg tertentu; 2. menunjukkan (mengemukakan) sesuatu dgnperbandingan (persamaan), mengibaratkan: pepatah Inggeris ~ orang bodoh yg banyak cakapnya sbg tong yg tidak berisi; 3. mem­buat sindiran (ibarat dll) yg ditujukan kpd: ayahnya pernah juga ~ kpd dia supaya membuat amal ibadat; kiasan 1. pertimbangan (perhitungan) me­ngenai sesuatu perkara dgn perbandingan (persamaan) perkara yg lain; 2. ibarat, perum­pamaan; 3. sindiran; 4. pengajaran atau con­toh (yg terdapat dlm cerita dll), teladan; 5. lambang; 6. a) = erti ~ erti yg tersembunyi (lain drpd erti yg ternyata); b) = kata ~ kata yg mengandungi (mempunyai) erti kiasan; berkiasan memakai (menggunakan) kiasan, mengandungi kiasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kias
Kata Terbitan : berkias, berkias-kiasan, mengias, mengiaskan, kiasan,

Peribahasa

Binatang tahan palu,
     manusia tahan kias.

Bermaksud :

Mengajar binatang dengan pukulan, mengajar manusia dengan kiasan atau sindiran.

 

Lihat selanjutnya...(4)