Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.lang] | کيلڠ

Definisi : 1. = kilangan apitan, penggilingan (tebu); ~ getah kilang tempat membuat getah keping; 2. bangunan (kelompok bangunan) berserta dgn alat-alat jentera utk membuat (memproses dll) barang-barang: ~ kopi; ~ motokar; ~ sabun; 3. organ yg tugas utama­nya membentuk sebatian kimia yg tertentu, kelenjar: ~ air liur; ~ air mata; ~ adrenal organ vertebrat yg membentuk hormon; ~ mengetin kilang tempat menge­luarkan barang-barang dlm tin; ~ padi kilang tempat mengisar padi; ~ papan kilang tempat membuat papan; kilangan patah awak itulah menghimpitnya prb mendapat kesusahan oleh sebab perbuatan sendiri; mengilang 1. menggiling atau menggolek tebu (utk memerah airnya), mengapit, meng­himpit, mengupas (mengisar dll) padi dll dgn mesin; 2. membuat (mengeluarkan) barang dgn menggunakan kilang; sudah ~ membajak pula prb sentiasa menanggung kesusahan (bekerja sepanjang masa dll); perkilangan 1. kelompok kilang (atau fab­rik): rombongan itu akan melawat pusat-pusat ~ yg mengeluarkan barang-barang di Petaling Jaya; 2. usaha (kegiatan) membuat barang-barang dgn kilang: sangat perlu juga digalakkan perindustrian dan ~; 3. yg berkaitan di kilang atau kelompok kilang; pengilangan perbuatan atau perihal mengi­lang; pengilang orang (kumpulan dsb) yg me­miliki (mengurus) kilang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.lang] | کيلڠ

Definisi : 1. air tebu; 2. sj nira yg diminum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.lang] | کيلڠ

Definisi : 1 bangunan atau kelompok bangunan yg dilengkapi jentera utk memproses barang-barang: ~ kopi; ~ motokar; ~ papan. 2 = kilangan alat yg dpt diputarkan utk memerah (mengisar atau menggiling) sesuatu; apitan; penggiling. ~ getah kilang tempat membuat getah keping. ~ padi kilang tempat mengisar padi. ~ tebu penggiling utk memerah air tebu. mengilang 1 memproses barang-barang di kilang. 2 menggiling (memerah, mengisar) sesuatu dgn menggunakan kilang. perkilangan 1 kumpulan kilang. 2 hal mengenai kilang: masalah ~. pengilangan perbuatan atau hal mengilang. pengilang orang yg (kerjanya) mengilang. pekilang orang yg memiliki atau yg mengurus kilang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kilang (kata nama)
1. Bersinonim dengan loji: gedung, bangunan besar,

2. Bersinonim dengan organ: kelenjar

Kata Terbitan : mengilang, pengilangan, pengilang,