Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.vén.syen] | کونۏينشن

Definisi : /konvénsyen/ persidangan atau perjumpaan anggota atau wakil pertubuhan politik dll utk membincangkan sesuatu. berkonvensyen menyertai atau menghadiri konvensyen: Berita itu diterimanya ketika sedang ~ di Pulau Langkawi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[kon.vén.syen] | کونۏينشن

Definisi : (konvénsyen) 1. persidangan ahli-ahli pertubuhan politik (perniagaan dll) utk membincangkan sesuatu perkara: beberapa perkara mengenai rangka perlembagaan itu akan dibincangkan dlm ~ yg akan diadakan; 2. perjanjian antarabangsa (antara negara, pemerintah, dsb); berkonvensyen menyertai atau menghadiri konvensyen: berita gembira itu diterima ketika saya sedang ~ di Kuala Lumpur; mengkonvensyenkan membincangkan atau membahaskan sesuatu perkara, isu dsb dlm konvensyen: soal kelemahan prestasi akademik pelajar Melayu itu perlu dipandang serius dan dikonvensyenkan segera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata konvensyen