Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.pang] | کوڤڠ

Definisi : 1. sj mata wang zaman dahulu yg berbeza-beza nilainya (menurut daerahnya); se~ sepuluh sen (di utara Semenanjung Malay­sia), 12 1/2 sen (di Kelantan), 50 sen (di Padang dll); se~ tera sepuluh sen; 2. Kd memberi upah (mengupah) utk membuat kerja; 3. sj ukuran berat emas (sama dgn kira-kira 161 tahil): apa bicara Seri Nara Diraja, kerana emas pd kita se~ pun tiada?; pitis se~ genap, hendak membeli kancah berkerawang, nuri pandai berkata prb orang miskin yg tidak berke­mampuan hendak berbelanja spt orang kaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.pang] | کوڤڠ

Definisi : 1. sj siput, Mytilus spp.; 2. sj siput, Modiola sp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.pang] | کوڤڠ

Definisi : ; daun ~ sj tumbuhan (herba yg daunnya digunakan utk mengubati penyakit kulit dll), daun kurap, gelenggang, Cassia alata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.pang] | کوڤڠ

Definisi : mata wang zaman dahulu yg nilainya berbeza-beza mengikut daerah (sekupang = 10 sen di utara Malaysia, 12 ½ sen di Kelantan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ku.pang] | کوڤڠ

Definisi : sj lokan atau siput yg isinya boleh dimakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kupang