Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.sut] | کوسوت

Definisi : 1. bersimpul-simpul dgn tidak berketentuan hingga susah hendak dicerai-ceraikan (bkn rambut, benang, dll), tidak kemas atau bersikat rapi (bkn rambut seseorang): rambutnya ~ kerana ditiup angin yg kencang; 2. ki tidak teratur atau tenteram (keadaan, fikiran, dll) kacau, rumit: kedudukan perkara itu terlalu ~ dan tidak mudah diselesaikan; fikirannya kian ~ memikirkan berbagai-bagai masalah; ~-kasau = ~-masai = ~-murut = ~-musut sangat kusut; ~ diselesaikan, keruh diperjernih prb per­sengketaan hendaklah diselesaikan (didamai­kan); ~ di hujung lari (bawa) ke pangkal prb apabila perundingan menemui jalan buntu haruslah segera balik ke punca (ke asal) masalah; ~ hujung dgn pangkal kerana salah memulai prb tidak sempurna peker­jaan yg dibuat kerana salah memulakannya; tidak ada ~ yg tak selesai prb tidak ada pertikaian yg tidak dapat diselesaikan; berkusut-kusut tidak berhias diri (kusut rambutnya dll); mengusut menjadi kusut; mengusutkan 1. menjadikan kusut (benang dll); 2. ki merumitkan atau mengacaukan (sesuatu keadaan, fikiran seseorang, dll), merusuhkan (hati): perkara-perkara yg ~ keadaan politik negeri itu; ia hendak melupakan segala kejadian yg ~ fikirannya itu; kekusutan perihal (keadaan) kusut, kerumitan (perkara), kekalutan, kekacauan (fikiran dll): ukuran dan sukatan piawai dapat mengelakkan berlakunya ~ dlm urusan jual beli; kpd Allah diserahkan segala-segala rasa kecewa dan ~ hatinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.sut] | کوسوت

Definisi : Mn; mengusut menyiasat dgn teliti; ®usut II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kusut (adjektif)
1. Bersinonim dengan bersimpul-simpul: berkusau, bercampur baur, bercampur aduk, bercelaru, kacau-bilau, kusut-masai, berserabut, berkecamuk, semak, sarut, serebeh, serbah-serbih, serbang, serembah-serembih, selebek,
Berantonim dengan kemas

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan kacau, kalut, huru-hara, kacau-bilau, haru-biru, gawat, rumit,
Berantonim dengan tenteram

Kata Terbitan : mengusutkan, kekusutan,

Puisi
 

Orang kaya beremas sutera,
     Lipatan kusut dari Siam;
Baik percaya angin utara,
     Ribut sampai dalam diam.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Kusut di hujung dengan pangkal,
     kerana salah memulai.

Bermaksud :

Seluruh pekerjaan menjadi rosak, kerana sejak mula lagi sudah salah.

 

Lihat selanjutnya...(6)