Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ngit.la.ngit] | لاڠيت٢

Definisi : 1. kain yg dipasang di atas bilik (di bawah atap), papan dll yg dipasang di bawah atap, kain bahagian atas kelambu: baginda menitahkan pula mereka mem­bentangkan tabir dan ~ yg indah-indah warnanya; 2. bahagian sebelah atas rongga mulut (ada bahagian lembut dan keras); berlangit-langit mempunyai langit-langit (bkn kelambu dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ngit.la.ngit] | لاڠيت٢

Definisi : , lelangit 1 bahagian sebelah atas rongga mulut (ada bahagian yg lembut dan ada bahagian yg keras). 2 kain yg digantung di bahagian atas bilik; kain bahagian atas kelambu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata langit-langit

Puisi
 

Kupu-kupu terbang ke langit,
     Singgah di langit bersalin kain;
Bertangkup bumi dengan langit,
     Baru saya mencari lain.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Ditentang langit,
     langit;
ditentang bumi,
     bumi.

Bermaksud :

Tidak ada tempat bergantung, melarat sekali.

 

Lihat selanjutnya...(50)