[lan.tai] | لنتاي
Definisi : 1. dasar rumah (yg dibuat drpd papan dll); 2. geladak perahu; ~ bilah = ~ pelupuh dasar (rumah dll) yg dibuat drpd belahan buluh; ~ selisih lantai sesebuah rumah yg sebahagiannya kira-kira setengah tingkat di atas atau di bawah aras lantai yg bersebelahan; besi ~ kepingan besi yg pipih lebar; datar bak ~ papan, licin bak dinding cermin prb sesuatu hukuman yg adil atau fikiran (pertimbangan) yg baik; mencari ~ terjungkit prb suka mencari kesalahan orang bawahan supaya dapat disengsarakan; menjungkit-jungkit bagai bilah ~ prb hal kelakuan yg mengada-ngada akan sesuatu yg baru diperoleh (spt kekayaan, kebesaran, dll); berlantaikan menggunakan sbg lantai: bangunan lama itu beratapkan rumbia, ~ dan berdindingkan papan; melantai 1. membuat (memasang) lantai; 2. rata (tanah dll) spt lantai, pamah, tidak tinggi rendah; sudah patah baru hendak ~ prb sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[lan.tai] | لنتاي
Definisi : 1 dasar rumah (yg dibuat drpd papan, buluh dll): ~ rumahnya sudah lapuk. 2 ki bahagian dasar pd sesuatu yg agak rata. melantai 1 memasang atau membuat lantai. 2 rata spt lantai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)