Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.por] | لاڤور

Definisi : memberitahu kpd, mengadu; melaporkan membuat pengaduan, meng­adukan, memberitahukan: seorang nelayan ~ bahawa baginda membuat rancangan sulit hendak merampas kerajaan mentua baginda; laporan sesuatu yg dilaporkan, maklumat tentang sesuatu kedudukan (masalah yg dihadapi dll) yg dilaporkan: empat orang pakar dlm hal ini telah pun membuat ~; ~ tahunan laporan yg dikemukakan atau dibentangkan setahun sekali dan yg lazimnya melaporkan (menerangkan dsb) hal-hal penting yg berlaku dsb sepanjang tahun yg berkenaan; pelaporan perihal (tindakan) melaporkan (mengadukan, memberitahukan); pelapor orang yg melaporkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.por] | لاڤور

Definisi : ; melaporkan membuat pengaduan atau repot; mengadukan; merepotkan: Ia telah ~ kecurian itu kpd polis. laporan apa-apa yg dilaporkan: ~ itu akan diserahkan kpd pengarah. pelapor orang yg membuat laporan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lapor
Kata Terbitan : melaporkan, laporan, pelaporan, pelapor,