Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.tup] | لتوڤ

Definisi : bunyi benda pecah (tembakan meriam, bola pecah, dll): sekali ~ tiga degumnya; letup-letup sj permainan kanak-kanak (belon getah, bedil buluh, dll); meletup pecah dan berbunyi spt bunyi benda pecah (tembakan meriam, bola pecah, dll), meledak, meletus: kami belum lagi tahu bahawa bom yg ~ itu datangnya dr kapal terbang Jepun; ~ di sana, di sini bunyinya prb orang lain yg bersalah lain pula orang yg menanggung akibatnya; meletupkan menjadikan meletup, meledak­kan: maka tuan puteri Dayang Nuramah pun ~ istinggar; letupan 1. bunyi meletup, ledakan, letusan: satu ~ kuat terdengar membelah malam; 2. = bahan ~ bahan ledakan: sampan itu berisi ~ yg disangkutkan pd sebuah bom waktu; 3. perihal meletup: bunyi ~ bom dan senapang berjentera tidak berhenti; 4. (Lin) bunyi konsonan spt letupan yg dihasilkan dgn menutup saluran udara dan kemudian mele­paskannya dgn tiba-tiba, mis /p/ dlm pasu; peletupan perihal atau perbuatan meletup­kan, peledakan; peletup alat utk meletupkan sesuatu bahan letupan; detup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.tup] | لتوڤ

Definisi : sj tumbuhan (pokok memanjat), leletup, cipluan, ubat pekung, Physalis minima; letup-letup 1. sj tumbuhan (pokok me­manjat), letup; 2. sj tumbuhan (herba), timun dendang (hutan, tikus), pokok lang bulu, akar mentimun, Passiflora foetida. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.tup] | لتوڤ

Definisi : ; meletup pecah yg disertai bunyi yg kuat; meletus; meledak: Tayar keretanya ~ di tengah jalan. meletupkan menjadikan meletup: Budak nakal itu sengaja ~ belonnya. letupan bunyi meletup; letusan; ledakan: ~ meriam itu terdengar hingga ke kampung kami. bahan ~ bahan yg dpt meletup (spt ubat bedil). peletupan perbuatan, hal dsb meletup atau meletupkan. peletup alat dsb yg dpt menyebabkan sesuatu meletup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
letup
Kata Terbitan : meletup, meletupkan, letupan,