Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lim.pah] | ليمڤه

Definisi : 1. = melimpah tumpah keluar kerana terlalu banyak atau terlalu penuh (cecair dll): air yg di dlm tempayan itu terlalu banyak hingga ~; ~-ruah terlalu banyak keluar kerana terlalu penuh; 2. ki terlalu banyak hingga berlebih-lebih (kemudahan, rezeki, kasih sayang, dll): ampun dan kurnia Duli Yang Dipertuan ~lah; 3. ki baik atau murah hati: hanya Tuhan dgn ~ kasihan-Nya, yg akan dapat menolong beliau; berlimpah-limpah 1. terlalu banyak tumpah kerana penuh; 2. terlalu banyak atau ramai (orang dll): bahan makanan ~; melimpah 1. tumpah keluar kerana terlalu banyak atau terlalu penuh (cecair dll): darah pun spt sebak penuh ~ di dlm kota Singapura itu; 2. = melimpah-limpah ki terlalu banyak hingga berlebih-lebih atau tidak termuat, banyak sekali: dlm pertengahan kedua abad ke-18, bangsa asing telah datang melimpah-limpah ke Tanah Melayu; 3. ki turun kpd, datang kpd, diwarisi oleh anak (tentang perangai dll): hanya sisa-sisanya yg jatuh ke tangan orang kita, ~ ke negeri kita ini; melimpahi 1. melimpah ke (kpd): padang bola maktab itu dilimpahi air; 2. ki bermurah hati kpd, mengurniai seseorang: semoga Allah ~nya rezeki dan bahagia hidupnya; melimpahkan 1. menjadikan melimpah, menumpahkan: isi padu air yg dilimpahkan oleh penyumbat itu sama dgn isi padu penyumbat juga; ~ air mata; 2. menge­luarkan banyak-banyak, mencurahkan banyak­banyak: ~ kasih sayang; ~ perhatian kpd per­kembangan pemakaian bahasa Kebangsaan; 3. memberikan banyak-banyak, mengurniakan banyak-banyak, menghadiahkan banyak-banyak: Tuhan yg ~ rahmat kpd hamba-Nya yg ber­usaha dan sabar; limpahan sesuatu yg melimpah atau yg dilimpahkan: kamu sekalian yg makan drpd ~ kemurahan raja bapa aku itu tidak patut sekali membuat aku begini; kelimpahan 1. perihal limpah, ketumpahan banyak-banyak: agak seketika didengarnya bunyi air ~; 2. diberi (dikurniakan dll) banyak-banyak, menerima (kurnia dll) banyak-banyak; 3. kelimpahmewahan; pelimpahan perihal (proses) melimpahkan sesuatu: proses ~ ini tidak memerlukan agen perantara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lim.pah] | ليمڤه

Definisi : 1 terlalu banyak sehingga ada yg mengalir keluar (ttg benda-benda cair): ~ ruah banyak sekali yg mengalir keluar kerana bekasnya sudah penuh. 2 berlebih-lebih (ttg pemberian dsb): ~ mewah banyak sekali. 3 ki (sifat) murah hati: Patik menjunjung kasih atas belas kasihan dan ~ tuanku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
limpah
Kata Terbitan : berlimpah-limpah, melimpah-limpah, melimpah, melimpahkan, limpahan,

Puisi
 

Anak perawan manis dan cantik,
     Kena pula merah bibirnya;
Matilah kuman kena belantik,
     Sekalian alam limpah darahnya.


Lihat selanjutnya...(2)