Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ling.guis.tik] | ليڠݢوءيستيک

Definisi : 1. kajian saintifik tentang bahasa; 2. berkaitan dgn bahasa; ~ berkomputer cabang pengkajian bahasa yg menerapkan teknik komputer dlm pengkajian bahasa dan kesusasteraan, terutamanya dlm pengiraan kekerapan kata dan analisis statistik; ~ gunaan linguistik terapan; ~ normatif aliran linguistik yg berpendirian bahawa tugas ahli linguistik adalah utk menentukan dan mengekalkan kebakuan bahasa; ~ pedagogi cabang linguistik terapan yg berkaitan dgn pembelajaran dan pengajaran bahasa; ~ preskriptif a) perancangan bahasa yg bertujuan utk mewujudkan satu bahasa kebangsaan yg baku; b) sikap dlm kajian bahasa yg berusaha mengadakan rumus utk penggunaan bahasa yg betul; ~ sejarawi kaedah yg digunakan dlm cabang linguistik utk mengkaji perubahan jangka pendek atau jangka panjang dlm sistem bunyi, tatabahasa dan kosa kata suatu bahasa; ~ terapan cabang linguistik yg berkaitan dgn penerapan prakti­kal kajian bahasa spt linguistik pedagogi, leksikografi, terjemahan dan psikolinguistik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata linguistik