Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.tar] | ليتار

Definisi : 1 lilit pd sesuatu benda; keliling. 2 = litaran pusingan aliran arus elektrik yg lengkap. 3 = litaran selengkap peralatan (spt wayar pengalir, suis) utk mengalirkan arus elektrik. ~ pintas ist sambungan elektrik di antara dua titik dlm litar yg mempunyai rintangan rendah berbanding dgn bahagian lain dlm litar, yg menyebabkan litar elektrik terputus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[li.tar] | ليتار

Definisi : 1. lilit (pd sesuatu benda), keliling; 2. = litaran (Kej) jalan lengkap yg dilalui arus elektrik: haba dapat dihasilkan oleh arus elektrik dlm sesuatu ~; ~ pintas; 3. trek utk perlumbaan kereta, motosikal dsb; 4. bergerak berkeliling dr satu tempat ke tempat lain; pengadil ~ pengadil yg bergerak dr satu tempat ke tempat lain utk menjalankan tugas­nya; ~ bersepadu (Fiz) litar yg menggabungkan pelbagai komponen elektronik ke dlm satu unit; ~ elektrik (Fiz) susunan pengalir dan peranti yg dapat mengalirkan arus elektrik; ~ pintas = ~ singkat (Kej) kesalahan yg menyebabkan jalan arus elektrik menjadi pendek kerana penebat yg rosak; ~ tertutup (Fiz) litar elektrik yg lengkap dan mem­bolehkan arus mengalir apabila voltan dibekalkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata litar