Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lo.te.ri] | لوتري

Definisi : 1. undian; 2. = tiket ~ surat (kertas) undian (utk menentukan orang yg bernasib baik utk menerima hadiah dsb): datang fikirannya utk mencari wang itu dgn jalan membeli ~; kena (menang, mendapat, putus) ~ a) mendapat wang (barang, keuntungan, dsb) drpd undian; b) beruntung besar; mencabut (menarik) ~ a) membuka undian, mengundi; b) menang dlm undian; meloterikan mengundikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.te.ri] | لوتري

Definisi : 1 sj permainan judi yg diundi utk menentukan nombor-nombor tiket yg menang. 2 = tiket ~ kertas atau surat undian yg mempunyai nombor-nombor tertentu. menang (kena) ~ a. mendapat wang atau barang-barang hadiah setelah diundi. b. beruntung besar. mencabut ~ mengundi utk menentukan tiket yg menang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata loteri