Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.hir] | ماهير

Definisi : cukup cekap serta terlatih mengerjakan sesuatu; pandai serta lancar melakukan sesuatu: Kebanyakan mereka ~ berbahasa Melayu. memahiri melatih diri supaya mahir dlm sesuatu bidang dsb: Mudah baginya kerana dia ~ bidang tsb. memahirkan mempelajari sesuatu dgn sungguh-sungguh supaya mahir; melatih diri supaya mahir: Dia ~ diri dlm bahasa Inggeris. kemahiran kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ma.hir] | ماهير

Definisi : terlatih utk mengerjakan sesuatu, ce­kap, lancar, pandai: orang Cina itu masih belum ~ berbahasa Melayu; memahiri melatih diri supaya mahir dlm sesuatu bidang dsb: agak sukar bagi peserta jika tidak memiliki atau ~ kepandaian ter-tentu, spt kreativiti atau kemahiran meng-gunakan komputer; penguasaan bahasa bukan sekadar ~ aspek linguistik sesebuah bahasa; memahirkan melatih seseorang supaya ce­kap, mempelajari dgn sungguh-sungguh supaya mahir: pelajar akan didedahkan pd latihan yg dapat ~ mereka dlm menghadapi peperiksaan sebenar; kemahiran kecekapan, kepandaian: ~ Fer-nando tentang pelayaran telah diketahui oleh mereka; berkemahiran mempunyai kemahiran, ma­hir: dan tentu ramai calon di situ yg lebih ~, lebih layak, fikirnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Peribahasa

Batu yang selalu bergolek di dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut.

Bermaksud :

Orang yang mahir dalam undang-undang, biasanya jarang terkena tipu.

 

Lihat selanjutnya...(4)

480

Practice makes perfect

Perkara yang sukar akan menjadi mudah, dan akhirnya kita menjadi mahir jika kita berlatih selalu dan sering melakukannya.

Alah bisa tegal biasa

''Do not despair. I know that this sport is not easy, but if you train hard, surely you will become a better player. Remember practice makes perfect,'' the coach said to the young talent.

''Jangan berputus asa. Saya tahu yang sukan itu bukan mudah tetapi kalau kamu berlatih bersungguh-sungguh, tentu kamu akan menjadi lebih handal. Ingat, alah bisa tegal biasa,'' kata si jurulatih kepada bakat muda itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(11)