Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.lu] | مالو

Definisi : ; si ~ = puteri ~ = malu-malu sj tum­buhan (pokok renek kecil, yg apabila tersen­tuh daunnya terkuncup), Mimosa pudica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.lu] | مالو

Definisi : 1. = bermalu berasa aib (hina, rendah, dll) kerana membuat sesuatu yg salah atau yg tidak sopan, berasa tidak senang: aku ~ pula apabila tidak pakai seluar dan baju; pang-lima tak bermalu, melerek-lerek macam kam-bing jantan pd perempuan yg tiada mahu kepadanya; 2. perasaan aib (hina, rendah diri, dll): utk menutup ~nya, ayah Zainab telah memujuk Salim supaya mahu menjadi menantunya; 3. menaruh hormat akan, be­rasa segan (agak takut): ia sendiri masih begitu ~ hendak mengemukakan pertanyaan ini; ~ besar malu yg amat sangat; ~ mata segan, hormat; ~ bertanya, sesat jalan = ~ berdayung, perahu hanyut = ~ makan, perut lapar prb kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan mendapat kejayaan; ~ kalau anak harimau menjadi anak kucing (kambing) prb tidak patut kalau anak orang baik-baik atau pandai menjadi jahat atau bodoh; semalu; sehina ~ mempunyai nasib yg sama, seia, sekata; malu-malu nampaknya sangat malu: ma-suklah, jangan ~; dgn sikap yg ~, dinya-takannya maksudnya dlm bahasa yg lembut; ~ bahasa berasa segan-segan (sewaktu ber­hadapan dgn orang yg dihormati dll); ~ kucing berpura-pura malu; memalui ark 1. menaruh malu pd: dialah yg harus kaumalui; 2. menghormati, mena­kuti, menyegani: pd ketika itu segala anak raja-raja Inderagiri tiada dimalui oleh segala anak tuan-tuan Melaka; memalukan 1. memberi malu, menyebab­kan malu: akibatnya nanti bukan hanya ~ tetapi juga merugikan; 2. malu kerana sesuatu (pakaian dll): tak usah dimalukan rumah buruk; termalu-malu berasa agak malu: selama besar ini dia ~ memanggil abang kpd Ramlan; kemaluan 1. perihal malu, sesuatu yg men­datangkan malu, rasa malu: jikalau si Tuah ada, dapatlah ia menghapuskan ~ku; 3.mendapat (berasa) malu: hendaklah tuan berikan kehendaknya supaya kita tidak ~; 4.bh alat kelamin (laki-laki atau perempuan); kemalu-maluan berasa sangat malu, ter­sipu-sipu: dia tunduk ~;pemalu (orang yg) mudah berasa malu.bermalu berasa aib (hina, rendah, dll) kerana membuat sesuatu yg salah atau yg tidak sopan, berasa tidak senang: aku ~ pula apabila tidak pakai seluar dan baju; pang-lima tak bermalu, melerek-lerek macam kam-bing jantan pd perempuan yg tiada mahu kepadanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
malu (adjektif)
Bersinonim dengan segan, aib, silu, bera, canggung, janggal, segok, meleng, kanyor, wirang;,
Kata Terbitan : malu-malu, memalukan, termalu-malu, kemaluan, pemalu,

Puisi
 

Begini baju begitu baju,
     Air dipotong sayup sekali;
Begini malu begitu malu,
     Baik dilangsung sama sekali.


Lihat selanjutnya...(62)
Peribahasa

Malu berani,
     mati takut.

Bermaksud :

Pengecut.

 

Lihat selanjutnya...(62)

31

Better death than dishonour

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga

We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!

Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga . Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)