Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.sam] | ماسم

Definisi : 1. rasa spt rasa cuka, asam: kuman-kuman menjadikan susu itu ~; mukanya ber-kerut kerana memakan buah yg ~; 2. tidak jernih (muka) kerana marah dll, bersut, me­rengus, merengut: mukanya ~ setelah di-marahi oleh bapanya; ~ catung sangat masam (bkn muka); ~ kucam masam sungguh; ~ pahit Kd terlalu masam; bagai nikah tak suka prb berdukacita kerana diperlakukan tidak menurut kehendak hatinya; bermasam; ~ muka berkecil hati antara satu sama lain (kerana berkelahi dll), tidak bertegur sapa; memasam menjadi masam: susu ini mulai ~; memasamkan menjadikan masam: dia men-jeling senyum setelah beberapa minit ~ mukanya; kemasaman keadaan masam: cuka mem-punyai kadar ~ sehingga 95%; kemasam-masaman, masam-masaman agak masam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
masam (adjektif)
1. Bersinonim dengan asam: masam kucam
Berantonim dengan manis

2. Dalam konteks air muka
bersinonim dengan bersut, merengus, merengut, masam catung,
Berantonim dengan manis

Kata Terbitan : memasam, memasamkan, kemasaman,

Puisi
 

Celagi manis celagi masam,
     Buah kelapa atas pintu;
Sekali manis sekali masam,
     Zaman sekarang tidak begitu.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Masam bagai nikah tak suka.

Bermaksud :

Berdukacita. masam = merengus, bersut.

 

Lihat selanjutnya...(8)