Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.fi] | نفي

Definisi : Ar 1. penolakan, penyangkalan; 2. tidak mahu (mengaku, menurut, dll), ingkar; menafikan tidak mengakui (menerima dll), menidakkan, menyangkal: beliau ~ ia telah menelefon bapa mentuanya; tidak ada orang yg berani ~ pendapatnya itu; tidak ~ mengakui, menerima (kebenaran, kenyataan, kewujudan, dsb sesuatu); penafian perihal (perbuatan dsb) menafikan, penyangkalan: misalnya, imbuhan awalan Inggeris a-, in-, im-, un-, ab-, an-, ir-, dis-, non, semuanya membawa fungsi yg sama iaitu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.fi] | نفي

Definisi : ; menafikan 1 tidak mengakui; menidakkan; mengingkari: Orang yg tidak beriman ~ wujudnya Tuhan. 2 me­no­lak (bkn tuduhan, pendapat dsb); me­nyangkal: Dia ~ segala tuduhan yg dilemparkan kpdnya. penafian per­buat­an atau hal menafikan; penyang­kalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nafi
Kata Terbitan : menafikan, penafian,