Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.kat] | ڤاکت

Definisi : 1. muafakat, pembicaraan, perundingan: Sabariah dan Mak Minah telah putus ~; 2. ark perjanjian; sepakat setuju, sependirian, seia sekata: saya ~ seratus peratus dgn Yahya; mereka hampir ~ mengatakan bahawa Aini sedang bertengkar; kata ~ persetujuan; bersepakat semuafakat, sepakat, setuju; menyepakati menyetujui: mereka mengandaikan bahawa tidak ada isu yg tidak dapat disepakati; kesepakatan perihal sepakat (semuafakat), persetujuan: mesti diminta dahulu ~ kaum kerabat; Majlis Bahasa Indonesia dan Malaysia berjaya menghasilkan ~ utk mewujudkan keselarasan ejaan antara kedua-dua negara itu; persepakatan permuafakatan, persetujuan; berpakat bermuafakat, berunding: ada yg ~ akan pergi mandi-manda di pulau itu; memakati 1. memuafakati, menyetujui; 2. menasihati; pakatan 1. perjanjian: ~ keselamatan Asia; 2. persekutuan yg bermaksud jahat, komplot: ~ utk membunuh Presiden; ~ sulit pakatan antara dua pihak atau lebih utk melakukan sesuatu perbuatan dgn tujuan utk memu­daratkan pihak ketiga, atau utk maksud yg tidak sah di sisi undang-undang, atau utk mem­perdayakan badan kehakiman atau kehakim­an semu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.kat] | ڤاکت

Definisi : ; berpakat berunding utk mendapat sesuatu keputusan; bermuafakat: Mereka ~ hendak pergi berkelah ke pulau itu. pakatan hasil drpd berpakat: Orang-orang yg bersangkut paut dgn ~ jahat itu telah ditangkap. sepakat tidak bertentangan (bkn pendapat dll); seia sekata; setuju: Kalau ~, jadi kuat. kata ~ sesuatu yg telah disetujui; persetujuan. bersepakat bersatu dan tidak bertentangan pendapat; bersetuju: Hang Tuah berserta kawan-kawannya sentiasa ~ dlm semua hal. kesepakatan keadaan atau hal sepakat; kerukunan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pakat
Kata Terbitan : sepakat, bersepakat, menyepakati, kesepakatan, persepakatan, berpakat, pakatan,